
Simpan Challenge adalah satu kempen untuk memupuk tabiat menyimpan di kalangan masyarakat Malaysia.
​
Untuk membantu setiap rakyat Malaysia mempunyai sekurang kurangnya RM1,000 dalam simpanan mereka untuk keperluan kecemasan.....
Dalam satu lapuran dari agensi AKPK yang menyatakan bahawa 52% dari rakyat Malaysia di dapati tidak mempunyai RM1,000 dalam keperluan kecemasan.
​
Ini adalah satu statistik yang perlu di berikan perhatian cepat .
LATAR BELAKANG KEMPEN
SIMPAN CHALLENGE :
Untuk membantu setiap rakyat Malaysia mempunyai sekurang kurangnya RM1,000 dalam simpanan mereka untuk keperluan kecemasan.....
​
OBJEKTIF
Membantu semua peserta Simpan Challenge mempunyai minima RM1,000 sebagai dana kecemasan melalui tip Simpan Challenge.
Semua tip dalam Simpan Challenge ini dalam bentuk video pendek dan di hantar melalui email .
30 hari akan berlangsung kempen ini , dimana setiap hari peserta akan menerima tip tip video ini menerusi email.
Semua tip adalah berbentuk sangat practical yang perlu di lakukan..
​
SASARAN
Matlamat semua email ini adalah untuk peserta dapat menyimpan walau dalam apa apa keadaan pun....
Selepas tamat 30 hari, Setiap peserta perlu mempunyai simpanan.
Walaupun sasaran adalah RM1,000, ianya boleh di lakukan dalam 30, 60, 90 hari dari permulaan tip menyimpan.
Walaupun kempen ini adalah 30 hari, pasti nya ia boleh di teruskan sehingga mencapai matlamat RM1,000 .
​
​
KAEDAH
Kaedah Simpan Challenge adalah satu inisiatif yang telah dijalankan dengan jayanya pada tahun 2009 di Singapura untuk menangani masalah yang sama di Singapura .
Apa yang lainnya dengan kempen simpan challenge 2019 ,
1- Di berikan dalam video semua 30 Tip Kewangan serta tip tip bonus penjanaan kewangan yang mudah.
2- Tip dari Personaliti juga akan di berikan sebagai bonus .
3- Tip Asma Ul Husna juga akan di berikan setiap hari oleh Pak Firdaus.
(Seorang trainer dari ESQ)
​
4- Merchandise Simpan Challenge juga akan di jual seperti tabung Simpan Challenge, T-shirt, & pelbagai item yang menarik .
5- AbangAbu dalam perancangan untuk mendapatkan sokongan sebuah bank untuk memberikan akan simpanan, agar mereka boleh meneruskan segala tip ini selepas kempen ini tamat .
6. Road show Simpan Challenge untuk membantu graduan akan dimulakan selepas kempen di lancarkan pada 5 September.
Road show ini akan di jalankan di semua IPTA IPTA , dan kolej kolej yang berminat untuk mengadakan road show ini.
7. Satu majlis penutup juga akan di adakan untuk melihat sejauh mana impact Simpan Challenge dalam kita mengurangkan statistik yang di keluarkan oleh pihak AKPK....
Simpan Challenge 2019
Baru baru ini juga kerajaan Malaysia telah melancarkan program lestari kewangan kebangsaan bagi tahun 2019 - 2023.
​
Ini adalah satu perkembangan yang baik untuk masyarakat Malaysia.
Walaupun rasa nya perkara ini lambat di adakan , tetapi amat penting untuk di jalankan .
Pelbagai agensi kerajaan bersama sama dalam menjadikan program ini dapat di laksanakan dengan jayanya .
Macamana Nak Masuk
Simpan Challenge?

Simpan Challenge adalah satu kempen untuk memupuk tabiat menyimpan di kalangan masyarakat Malaysia.
​
JIKA ANDA MAHU MELAKUKAN PERUBAHAN DALAM SIMPANAN ANDA DENGAN ADA LEBIHAN RATUSAN ATAU RIBUAN RM SETIAP BULAN ….
Apa yang anda akan lakukan dengan beberapa wang tambahan?
​
Membayar hutang?
Membina dana kecemasan?
Simpan untuk percutian?
Jimat untuk bersara?
​
Terlepas dari situasi peribadi atau keluarga anda, perbelanjaan kurang dan tabungan lebih banyak adalah tabiat yang baik untuk berkembang.
Cabaran penjimatan wang boleh menjadi cara yang menyeronokkan dan berkesan untuk membantu mengembangkan kebiasaan tersebut, dan memberi motivasi dan akauntabiliti untuk tetap bersaing.
​
MAHU DETAIL KEMPEN SIMPAN CHALLENGE
SILA – KLIK INI

MASA KEMPEN
1 Ogos hingga 4 September 2019
Promosi untuk mendapatkan 100,000 peserta untuk sertai kempen Simpan Challenge.
Promo promo video, dan social media secara on going akan di jalankan.
​
Semua adek beradek dan student student AbangAbu akan di tempatkan menjadi Duta Duta dalam mempromosikan kempen Simpan Challenge ini .
Kami akan berjumpa dan pihak media untuk dapatkan slot slot di media masa untuk di war war kan ...
Kolobrasi dengan agensi kerajaan dan swasta yang ingin menjadi partner untuk Simpan Challenge ......
( logo mereka akan di paparkan dalam website dan material Simpan Challenge )
​
Jangan Lupa SHARE Link SIMPAN CHALLENGE pada kenalan anda dan jemput kawan dan adik beradik menjadi Ahli Simpan Challenge
5 September hingga 5 Oktober 2019
Kempen Simpan Challenge akan di mulakan pada semua yang sudah mendaftar untuk selama 30 hari.
Kempen Simpan Challenge SISWA akan di lancarkan dengan road show di semua IPTA dgn mengajak semua mereka join Simpan Challenge SISWA .
​
Pelbagai Aktiviti kewangan Simpan Challenge sepanjang Oktober oleh sesiapa sahaja atau mana mana badan atau NGO akan di jalankan.
​
